Cermin baru tahun 2024
Carta Organisasi Kelab SPBT boleh edit dan taklimat pesanan 2025
Hari ni taklimat pesanan buku teks untuk kegunaan tahun 2025..pesanan espbt kami dah siap keyin jadi ada masa free ni kita buatkan carta organisasi kelab spbt..nanti cuma perlu tukar nama pelajar sahaja.
Borang SPBT G Pin.1/2023 dan enrolmen
Tahun ni borang untuk rekod pinjaman murid iaitu borang spbtg ada perubahan sedikit formatnya antaranya ialah semua tarikh, tanda (/) hendaklah ditulis dengan tangan dan menggunakan pen dakwat hita dan biru sahaja. Boleh download borang spbtg pin.1/2023 dalam bentuk excel ini di bahagian muat turun..di bahagian pengurusan fail spbt..borang spbtg ini tinggal copy and paste bahagian nama pelajar dan senarai judul
carta organisasi spbt bolet edit
dah bosan dengan design carta organisasi lama, jadi buat design yang baru..so boleh tekan gambar ni untuk edit carta organisasi di canva mengikut sekolah cikgu
update buku stok
Tahun 2023 pun sudah berlalu..jangan lupa untuk buat tutup kira-kira buku stok pada 31 disember 2023, awal bulan ni ada sedikit rezeki..saya belikan barang hiasan untuk bilik spbt..
Hiasan bunga warna purple..biar nampak seri biliknya..
Alhamdulillah (~, ^)
Tahun 2023 Alhamdulillah..syukur untuk semuanya
WORLD YOUTH STEM INVENTION INNOVATION (WYSII) 2023
Penyertaan 20 orang murid bagi pencapaian Peringkat Antarabangsa
5 orang murid mendapat pingat emas
15 orang murid mendapat pingat perak
HARI INOVASI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR 2023 (HIKMJ)
5 orang murid mendapat Pingat Perak
Penyertaan 15 orang murid bagi pencapaian Peringkat Negeri
5 orang murid mendapat Pingat Platinum dan Johan bagi Kategori Inovasi Terbaik Sekolah Menengah
5 orang murid mendapat Pingat Emas dan tempat Kelima bagi Kategori Inovasi Terbaik Sekolah Menengah
INNOVATION DEVELOPMENT THROUGH EDUCATIONAL ACTIVITIES 2023 (iDEA' 23)
Penyertaan 3 orang murid bagi pencapaian peringkat kebangsaan
3 orang murid mendapat pingat perak bagi kategori inovasi penambahbaikan sekolah menengah
JOHOR INNOVATION INVENTION COMPETITION AND SYMPOSIUM 2023 (JIICas 23)
Penyertaan 20 orang murid bagi pencapaian Peringkat Negeri
5 orang murid mendapat Pingat Perak bagi Kategori Sekolah Menengah
15 orang murid mendapat Pingat Emas bagi Kategori Sekolah Menengah
KARNIVAL KEMAHIRAN DIGITAL NEGERI JOHOR
Penyertaan 11 orang murid bagi pencapaian peringkat negeri
3 orang murid mendapat tempat keempat di bawah pertandingan bagi kategori Junior Animation Sekolah Menengah)
8 orang murid mendapat sijil penyertaan
|
Jangan pernah berhenti menyerah
Kerja itu sebagai ibadah
Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memudahkan segala urusanku
Bulan 6 hingga bulan 7 ni sibuk uruskan pertandingan pelajar..rasa memang penat ..tapi bila kita rasa kerja itu sebagai ibadah..Insyallah Allah melihat apa yang kita buat dan apa yang kita buat dinilai olehNya..syukur dengan nikmat yang sihat ni..
Untuk semua pelajar tingkatan 5 dari kelab SPBT..kami libatkan untuk menyertai pertandingan..supaya markah pajsk mereka tinggi..hihi, terdapat 4 kumpulan pelajar yang menyertai pertandingan peringkat antarabangsa..Alhamdulillah syukur semuanya dapat pingat..sijil akan diberi oleh pihak penganjur pada bulan september ini.
Photo booth raya 2023
Tahun ni, saya bersama cikgu Azilah dilantik sebagai ajk bahagian photo booth..kebanyakkan peralatan seperti papan divider, pokok, lampu diambil dari bilik spbt, cuma beli banner raya sahaja