Aktiviti kelab spbt tahun 2026

pada 3 febuari 2026, merupakan perjumpaan ketiga kelab spbt..jadi saya bahagikan pelajar mengikut kumpulan.. minta pelajar bincang dalam kumpulan untuk menghasilkan komik berkaitan spbt..
tapi kami nak komik mereka mesti tangkap gambar mereka sendiri..kemudiaan menggunakan chatgpt untuk menghasilkan dalam bentuk kartun

ni gambar yang mereka ambil..masa ambil gambar ni..guna phone guru penasihat kelab spbt

kemudian ni adalah hasil daripada chatgpt make this picture transform cartoon
cantik kan

kemudian pelajar guna apps comica untuk buat dialog daripada gambar yang mereka ambil

jadi komik ni boleh print dan tampal di setiap kelas sebagai poster dari kelab spbt









Share:

Kunjung bantu dari bstp KPM sesi persekolahan 2026

   pada 14 Januari 2026, SPBT SMAKT telah dikunjung bantu oleh dimana kunjung bantu ini bertujuan memberi khidmat bantu kepada pihak sekolah dan pengurusan SPBT dalam aspek pembekalan dan pengagihan buku teks kepada murid sebagai persediaan pembukaan sekolah

                      
En. Mohd Kamil bin Abdul Shukor , ketua penolong pengarah bstp, KPM

semua fail berkaitan spbt diteliti dengan rapi..fail spbtg..fail buku stok..dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..hihi lega, saya tak la risau sangat, sebab memang saya kemaskini fail setiap tahun..pengalaman la juga..sebab 6 orang pegawai datang rasa bukan kunjung bantu..rasa macam pemantauan..
 rumusan pemantauan



Share:

Pertandingan Ihtifal Ilmi Peringkat Negeri

 Pada 8-9 Mei, saya bersama pelajar yang merupakan ahli Kelab SPBT, menyertai pertandingan Ihtifal Ilmi Sekolah Agama Negeri Johor. Alhamdulillah kami mendapat Johan dan pembentang terbaik dan membawa pulangan duit sejumlah RM1000.



                                          bersama Ustaz Hairi merangkap Penolong Kanan dan Ustaz Khairunizam                                         sebagai Pengurus Inovasi


Share:

Pertandingan inovasi 2025

Lamanya saya tak update blog.. awal tahun 2025 ni saya bersama cikgu khairunizama dan 2 orang pelajar tingkatan 4, nur elysha dan hanani pergi ke Medan, Indonesia untuk menyertai pertandingan peringkat antarabangsa pada 23 hingga 27 Febuari 2025..

Alhamdulillah sekolah SM Agama Kota Tinggi mendapat 1 pingat emas, 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa..☺️☺️






Share:

Alhamdulillah

 Lama juga saya tak update blog ini..bukan untuk menyepi..tapi tahun ini.Pada 6 Julai 2024 yang lalu, kami dengan penuh semangat menghadiri majlis penutupan pertandingan inovasi peringkat antarabangsa..Impian saya adalah saya ingin membawa projek kelab SPBT sekolah saya ke peringkat antarabangsa... sebanyak 6 projek inovasi yang sekolah saya bawa untuk pertandingan inovasi ini, di mana 1 projek terdiri 5 orang ahli kumpulan..sekolah kami memenangi 4 pingat emas 2 pingat perak.









Share:

Plc fail spbt

 Hari ni..25jun 2024, spbt smakt menerima kunjungan dari cikgu Norlida, cikgu spbt dari sekolah menengah kebangsaan bandar penawar..saya berkongsi fail-fail spbt iaitu fail 01 dan fail 02 serta fail buku stok..





Share:

Cermin baru tahun 2024

Bulan ni, saya beli cermin curve untuk bilik spbt hihi comel kan..beli masa sale di shopee, saya nak beli warna putih tapi dah habis..so beli warna pink je..


Alhamdulillah baru selesai buat proses pemulangan dan pengagihan buku teks kepada pelajar pada 24-28januari 2024..












Share:

Carta Organisasi Kelab SPBT boleh edit dan taklimat pesanan 2025

 Hari ni taklimat pesanan buku teks untuk kegunaan tahun 2025..pesanan espbt kami dah siap keyin jadi ada masa free ni kita buatkan carta organisasi kelab spbt..nanti cuma perlu tukar nama pelajar sahaja.


boleh tekan link ni untuk edit di canva 

bersama cikgu spbt dari sk semenchu cikgu zawiyah dan cikgu juliana


Share:

Borang SPBT G Pin.1/2023 dan enrolmen

 Tahun ni borang untuk rekod pinjaman murid iaitu borang spbtg ada perubahan sedikit formatnya antaranya ialah semua tarikh, tanda (/) hendaklah ditulis dengan tangan dan menggunakan pen dakwat hita dan biru sahaja. Boleh download borang spbtg pin.1/2023 dalam bentuk excel ini di bahagian muat turun..di bahagian pengurusan fail spbt..borang spbtg ini  tinggal copy and paste bahagian nama pelajar dan senarai judul

borang spbtg pin.1/2023

tekan gambar rajah ini untuk edit enrolmen di canva




Share:

carta organisasi spbt bolet edit

 dah bosan dengan design carta organisasi lama, jadi buat design yang baru..so boleh tekan gambar ni untuk edit carta organisasi di canva mengikut sekolah cikgu






Share:

Muat turun bahan

Muat turun bahan
Pengurusan SPBT

Rak Buku Teks Tingkatan 1-5

Kempen sayangi buku teks

Kempen sayangi buku teks

Portal SPBT SMAKT

Portal SPBT SMAKT

LAMAN WEB