Candle scented

 Salam merdeka..jadi untuk aktiviti cuti ni, spbt smakt buat pewangi candle..


Bahan yang diperlukan ialah soy wax, essential oil, silikon mold dan alat penimbang

            Mula mula sukat 170g soy wax
Cairkan soy wax guna double boil

Dah cair soy wax tu..biarkan 5minit..kemudian masukkan 15ml essential oil..dan masukkan sedikit pewarna..kemudian kacau 


Last step..masukkan dalam silikon mould..dan biarkan selama 24jam

    Wangi sangat..hehe, selamat mencuba








Share:

Resin mold tray

 Salam semua..hujung minggu ni, saya nak buat dulang guna epoxy resin.. 


Ni saya guna colour dari mica powder dan arcylic

-Resin epoxy yang 2 botol jernih tu..kena campurkan ikut nisbah 3:1..

-Silicone tray mould


Mula mula timbang botol besar ni sebanyak 90g.. kemudian botol kecik sikit tu 30g..kemudian campurkan dan kacau dengan perlahan sehingga 3minit..


Lepas tu resin yang dicampur tuang dalam cawan..letak serbuk warna..




Ni lepas tuang..tak cukup..jadi saya tambah resin yang dicampurkan ikut nisbah sekali lagi..tuang dalam mould..

Okay ni dah siap tuang..terus celupkan pemegang dulang ni..selepas 24jam baru boleh keluarkan dari mould

           Ni nak letak kat bilik spbt

Ni dulang..tuang epoxy resin

Boleh search resin tray dekat link ni
Resin tray 













Share:

Cold process soap

 Sebelum ni saya ada tunjuk pembuatan sabun guna glycerin base..cair dan tuang je 

Kali ini..tangan ni gatal pulak nak belajar buat sabun, padahal sebelum ni masa sekolah menengah dah belajar.. tapi lupa😁😁

Ada 3 Bahan utama nak buat sabun..bahannya ialah Air suling,  minyak dan natrium hidroksida(shoppe rm18)

Tapi nak buat mesti kena ada sukatannya dan yang paling penting kena ada sarung tangan, safety google dan mask..sebab natrium tu bila campur dengan air..dia akan hasilkan bau yang kuat dan panas..kalau terkena kulit, cepat cepat letak cuka ye..okay tak nak cakap banyak..nnti boleh google juga Cara buat sabun organik 


Ni saya belajar di youtube..nak belajar kelas online dekat fb ada..tapi ready dengan duit rm150..

Ni bahan bahannya..
Ni air suling 199g..boleh guna air coway

Natrium hidroksida 133g

Mesti natrium hikdroksida masuk dalam air(lye)..jangan terbalik..pastu kacau perlahan lahan..nanti air bertukar warna putih dan bekas tu akan panas..sejukkan dulu

Ni sejukkan..letak dalam air..

Sambil tunggu sejuk..saya cairkan glycerin  tuang dalam mould bunga

Ni optional..tak ada pun okay

Dlm balang tu minyak olive oil 950g dah campurkan dengan coconut oil 50g..okay lye dah sejuk..masuk dalam minyak perlahan lahan

Guna stick blender..batang stick tu mesti dalam minyak ye.. kalau xda boleh guna mesin blender

Nanti minyak tu bertukar macam warna susu pekat manis..pastu boleh tuangkan essential oil 40g..pastu letak sedikit colour..dan boleh tuang dalam bekas


Hehe..masa ni tuang dalam bekas makanan..tapi alas dulu dengan baking paper

Tuang dalam bekas pastu tepek tepekkan bunga kat bhgian atas..tunggu 24jam kering..kemudian potong potong sabunnya keringkan lagi..seeloknya selepas 2 minggu baru boleh pakai..
Okay ni bentuknya..warna bawah tu..cream..warna asli..ada orang dia campur sedikit titanium dioxside(warna putih) boleh search fungsinya..tapi xguna pun tak apa..

Ni siap dipotong..dan biarkan selama 2-3minggu..Alhamdulillah ni first time buat sabun cold process.





Share:

Bunga sabun

 Entry kali ni..saya hasilkan bunga sabun..daripada sabun ketul..nak buat doh sabun dia..cuma perlukan sabun ketul,gam putih, tepung jagung, dan air suam..Bahan bahan ni saya beli di ecoshop..okay boleh tekan Cara buat doh sabun dan Cara buat bunga ros dari sabun


Ni yang dah siap bunganya dah keras bunganya terus cocok kat pasu. .gubahan bunga orkid ni..acik kama pengawal keselamatan sekolah bagi saya..


Ni terus cocok dalam pasu..ni tak nampak kilat..kalau nak kilat..pakai cat pengilap yang jernih..atau boleh guna gam jernih..


1 ketul sabun boleh dapat dalam 7-9 kuntum bunga ros..bergantung juga nak besar mane kita buat bunganya..



Ni buatkan warna pink soft..guna sabun fruittela warna pink tu



Ni sabun bunga ros warna purple ni..cantikkan..ceh hehe.okay selamat mencuba 😄😄
Share:

Homemade soap For doorgift

Entri kali ni..saya nak buat doorgift..nnti kalau ada pemantauan dari ppd atau jpn atau cikgu dari sekolah lain, spbt smakt bolehlah bagi sikit berkat tanda kenang kenangan..hehe
Jadi saya decide nak buat homemade sabun simple je bahannya

- glycerin base soap
-mould untuk cetak bunga(optional)
-pewarna sabun
-Fragnance oil
-base oil (olive oil)
-disinfection etanol(Optional)

Bahan warna putih tu glycerin base soap..saya beli di shoppe 
Saya beli glycerin soap di shoppe..dapat sekali olive oil (base oil)

Okay mula potong glycerin tu bentuk kuib kecik..pastu cairkan..saya guna kaedah double boil..2 minit je dah cair..lepas dah cair titiskan olive oil (2 titik), pewangi(2titik) pastu kacau



Kemudian asingkan, pastu letak pewarna sabun(1-2titik sahaja). Kemudian kacau..sebelum nak tuang dalam mould pastikan suhu di bawah 130 F atau 54 C baru boleh tuangkan dlm mould..lepastu spraykan etanol supaya buih sabun tu hilang.. biarkan 2 jam..pastu jadilah sabun..
Cuma nak nampak jadi cantik boleh tengok contoh video Cara decor sabun. dan Video ni..

Saya tak guna mould..beli kayu macam gambarajah di atas di ecoshop..kalau nak beli mould dia..dalam harga rm30
  


Gambar gambar di atas adalah sabun glycerin yang saya buat..boleh search di youtube koala sabun..macam macam design sabun dalam youtube tu tunjukkan. 

Dah keras boleh potong potong dan terus masuk dalam bekas plastik yang ada ziplock..dan boleh letak dalam beg goodies.


Masa ni..tak ada mould..tuang dalam bekas plastik 
Kena pandai pandailah buka..kayu tu sebab tak guna mould kan..saya gun pisau nak bukakan..Okay selamat mencuba 




Share:

Muat turun bahan

Muat turun bahan
Pengurusan SPBT

Rak Buku Teks Tingkatan 1-5

Kempen sayangi buku teks

Kempen sayangi buku teks

Portal SPBT SMAKT

Portal SPBT SMAKT

LAMAN WEB