Cermin baru tahun 2024

Bulan ni, saya beli cermin curve untuk bilik spbt hihi comel kan..beli masa sale di shopee, saya nak beli warna putih tapi dah habis..so beli warna pink je..


Alhamdulillah baru selesai buat proses pemulangan dan pengagihan buku teks kepada pelajar pada 24-28januari 2024..












Share:

Carta Organisasi Kelab SPBT boleh edit dan taklimat pesanan 2025

 Hari ni taklimat pesanan buku teks untuk kegunaan tahun 2025..pesanan espbt kami dah siap keyin jadi ada masa free ni kita buatkan carta organisasi kelab spbt..nanti cuma perlu tukar nama pelajar sahaja.


boleh tekan link ni untuk edit di canva 

bersama cikgu spbt dari sk semenchu cikgu zawiyah dan cikgu juliana


Share:

Borang SPBT G Pin.1/2023 dan enrolmen

 Tahun ni borang untuk rekod pinjaman murid iaitu borang spbtg ada perubahan sedikit formatnya antaranya ialah semua tarikh, tanda (/) hendaklah ditulis dengan tangan dan menggunakan pen dakwat hita dan biru sahaja. Boleh download borang spbtg pin.1/2023 dalam bentuk excel ini di bahagian muat turun..di bahagian pengurusan fail spbt..borang spbtg ini  tinggal copy and paste bahagian nama pelajar dan senarai judul

borang spbtg pin.1/2023

tekan gambar rajah ini untuk edit enrolmen di canva




Share:

carta organisasi spbt bolet edit

 dah bosan dengan design carta organisasi lama, jadi buat design yang baru..so boleh tekan gambar ni untuk edit carta organisasi di canva mengikut sekolah cikgu






Share:

update buku stok

 Tahun 2023 pun sudah berlalu..jangan lupa untuk buat tutup kira-kira buku stok pada 31 disember 2023, awal bulan ni ada sedikit rezeki..saya belikan barang hiasan untuk bilik spbt..

Hiasan bunga warna purple..biar nampak seri biliknya..


Bulan januari ni, dah kena pesan buku teks untuk kegunaan 2024..borang maklumat stok,enrolmen, update invois dalam buku stok,borang spbtg


Share:

Alhamdulillah (~, ^)

Alhamdulillah..syukurku ya Allah..tahun ni saya dapat diterima untuk program duta guru (PDG) di bawah tajaan yayasan petronas..semoga ilmu yang saya dapat nanti, boleh digunakan pakai di sekolah..insyallah

Teringat masa nak apply tu, kami memang rasa tak layak..tapi kami apply sahaja..hihi masa tu saya doa..ya Allah jika apa yang saya niatkan ini betul..maka kabulkanlah dan sebaliknya..Alhamdulillah diterima..tapi bukan PDG sahaja saya diterima..pada 8 disember 2023, nama saya tercalon di antara edufluencer 3.0..

Tidak ada yang kebetulan di dunia ini..semua yang datang atas takdir Allah..yang baik melatih kita untuk bersyukur..yang buruk mengajar kita untuk bersabar..bahagia itu bukan saat keinginan kita terwujud..semua kehendak Allah adalah yang terbaik..tetaplah merendah..biarkan yang tinggi itu doa dan harapan..





 

Share:

Tahun 2023 Alhamdulillah..syukur untuk semuanya

Tahun 2023 sebanyak enam pertandingan di bawah Kelab SPBT sebab tahun ni kami mensasarkan murid dari ahli dalam Kelab SPBT terlibat dalam Pertandingan Peringkat Negeri/Kebangsaan/Antarabangsa. Diantara pertandingannya adalah :

WORLD YOUTH STEM INVENTION INNOVATION (WYSII) 2023
 Penyertaan 20 orang murid bagi pencapaian Peringkat Antarabangsa 
 5 orang murid mendapat pingat emas
15 orang murid mendapat pingat perak 

 

 HARI INOVASI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR 2023 (HIKMJ)
5 orang murid mendapat Pingat Perak
Penyertaan 15 orang murid bagi pencapaian Peringkat Negeri
5 orang murid mendapat Pingat Platinum dan Johan bagi Kategori Inovasi Terbaik              Sekolah Menengah
5 orang murid mendapat Pingat Emas dan tempat Kelima bagi Kategori Inovasi                    Terbaik Sekolah Menengah  



 INNOVATION DEVELOPMENT THROUGH EDUCATIONAL ACTIVITIES 2023 (iDEA' 23) 
Penyertaan 3 orang murid bagi pencapaian peringkat kebangsaan
3 orang murid mendapat pingat perak bagi kategori inovasi penambahbaikan sekolah menengah
 

JOHOR INNOVATION INVENTION COMPETITION AND SYMPOSIUM 2023 (JIICas 23) 
Penyertaan 20 orang murid bagi pencapaian Peringkat Negeri
5 orang murid mendapat Pingat Perak bagi Kategori Sekolah Menengah
15 orang murid mendapat Pingat Emas bagi Kategori Sekolah Menengah

 

 

KARNIVAL KEMAHIRAN DIGITAL NEGERI JOHOR
Penyertaan 11 orang murid bagi pencapaian peringkat negeri  
3 orang murid mendapat tempat keempat di bawah pertandingan bagi kategori Junior Animation Sekolah Menengah)
8 orang murid mendapat sijil penyertaan 

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF PERINGKAT KEBANGSAAN 
6 orang murid mendapat sijil penyertaan peringkat kebangsaan


 Untuk seterusnya, kena buat laporan aktiviti dan masuk dalam fail Kelab SPBT

 

 


 


Share:

Jangan pernah berhenti menyerah

Semalam 10hb september..budak- budak ni ambil hadiah..hihi kami gembira..rasa nak jerit-jerit je..sepatutnya mereka kena terima hadiah di Kuala Lumpur.. disebabkan kekangan masa, saya minta pihak penganjur mengirim sijilnya ke sekolah..masa mereka terima hadiah di perhimpunan sekolah..saya terbayang usaha mereka..kalau nak cakap penat..hihi bohonglah kalau tak penat..memang banyak kali nak menyerah..tapi budak-budaknya kata insyallah mereka boleh buat..kami terpaksa minta pelajar bawa phone untuk buat rakaman..dan guna wifi daripada phone budaknya..mereka bergilir-gilir buat rakaman..





Budak-budak ni bukanlah orang yang pandai..macam sekolah lain, tapi diorang dapat naikkan nama sekolah..mereka dapat sijil peringkat antarabangsa..sijil peringkat negeri..bila budaknya kata nanti bila saya dah keluar sekolah..setiap kali saya tengok sijil ni..mesti saya akan ingat cikgu..ayat tu buat saya lagi semangat..bagi saya..tugas utama guru itu belajar..dengan belajarlah sejujurnya guru itu sedang usaha untuk menolong pelajarnya meraih impiannya..








Share:

Kerja itu sebagai ibadah

 Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memudahkan segala urusanku

Bulan 6 hingga bulan 7 ni sibuk uruskan pertandingan pelajar..rasa memang penat ..tapi bila kita rasa kerja itu sebagai ibadah..Insyallah Allah melihat apa yang kita buat dan apa yang kita buat dinilai olehNya..syukur dengan nikmat yang sihat ni..

Untuk semua pelajar tingkatan 5 dari kelab SPBT..kami libatkan untuk menyertai pertandingan..supaya markah pajsk mereka tinggi..hihi, terdapat 4 kumpulan pelajar yang menyertai pertandingan peringkat antarabangsa..Alhamdulillah syukur semuanya dapat pingat..sijil akan diberi oleh pihak penganjur pada bulan september ini.

Kumpulan 1 dapat pingat emas

Kumpulan 2 dapat pingat perak

Kumpulan 3 dapat pingat perak

Kumpulan 4 dapat pingat perak




















Share:

Photo booth raya 2023

 Tahun ni, saya bersama cikgu Azilah dilantik sebagai ajk bahagian photo booth..kebanyakkan peralatan seperti papan divider, pokok, lampu diambil dari bilik spbt, cuma beli banner raya sahaja

Setelah selesai mendekor..😄😄





Share:

Muat turun bahan

Muat turun bahan
Pengurusan SPBT

Rak Buku Teks Tingkatan 1-5

Kempen sayangi buku teks

Kempen sayangi buku teks

Portal SPBT SMAKT

Portal SPBT SMAKT

LAMAN WEB