Pelupusan buku teks

 Alhamdulillah, bulan 12 ni spbt smakt sudah dapat surat kebenaran untuk pelupusan buku teks..hari ni, 25hb Disember 2021 , sekolah kami telah berjaya melaksanakan buku teks spbt. Pemusnahan buku teks hendaklah dilakukan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh surat kebenaran pelupusan Arkib Negara Malaysia, iaitu 8 disember 2022. 

Terima kasih diucapkan kepada pekerja pegawal keselamatan sekolah yang turut membantu menjayakan pelupusan buku teks







 


Share:

Bengkel Augmented Reality

 Semalam..saya menyertai bengkel Augmented Reality..bengkelnya berbayar..jadi penganjur tidak benarkan sebarang perkongsian video..

Memang best dapat ilmu yang diberi memandangkan  sekolah saya sudah wujud bilik green screen..hihi insyallah untuk next inovasi spbt tahun depan..bulan ni sekolah kami busy untuk karnival sempena sambutan jubli delima..pada 1-3 disember 2022..bulan 12 ni memang guru² spbt akan sibuk dengan memproses buku..pembekal susah mula menghantar bekalan buku teks untuk tahun 2023 ..buku stok jangan lupa update ye..



Share:

SPBT RUMAHKU

Kenapa saya buat tema SPBT RUMAHKU..hihi bukan sebab tak ada rumah..cuba bayangkan rumah yang kita duduk..mestilah kita nak kemas..bersih..cantik dan teratur..bila mcmtu kita akan rasa selesa dan macam bersantai je buat kerja..kan😄😄😄 tekan link ni untuk melihat video spbt smakt

Buku Teks Cantik,

Semua boleh guna,

Bilik SPBT cantik, 

mesra Pengguna.






Baru siap 80 peratus..insyallah bulan 1, 2023 siap sepenuhnya..


Share:

Renovate bilik (SPBT RUMAHKU)

Spbt SMAKT dalam proses renovate bilik..sekarang 80 peratus sudah siap..dulu bilik spbt tema bunga...sekarang kami dalam proses untuk buat tema SPBT RUMAHKU dengan tena warbz bilik white purple..sy seronok dpt duduk bilik mcm rumah..kita akan rasa buat kerja..sambil bersantai.😄😄😄

Terima kasih kepada semua cikgu..parent..pibg serta pelajar kelab spbt yang banyak membantu dalam menjayakan perubahan bilik spbt..☺️☺️☺️












Share:

Mengecat bilik n next inovasi spbt

hujung minggu ni..SPBT SMAKT mengecat bilik spbt..tahun ni macam rasa nak bertukar warna bilik..nak buat runag belajar dalam bilik tu..dalam masa yang sama saya tengah buat satu lagi inovasi produk, saya dapat idea semasa pergi simposium SPBT sebelum ni..ada sekolah tu dia guna papan arcylic untuk dia boleh tulis dan padam..erm..memang menarik..

ni contoh saya design..so depan dia letak arcylic board..kat bahagian bilangan tu..nanti boleh tulis kat atas arcylic board tu..n tampal board ni dekat bahagian rak besi bahagian depan..saya baru buat tingkatan1 dan tingkatan 2..insyallah siap nanti saya letak di google site






Share:

Pertandingan SPBT Karnival Hem 2022

 

untuk karnival Hem, SPBT SMAKT menyertai 3 pertandingan  iaitu

1) Pertandingan Amalan Terbaik SPBT Sekolah Menengah Negeri Johor Tahun 2022

2) Pertandingan Media Sosial (MEDSOS) SPBT Sekolah Negeri Johor Tahun 2022 

3) Pertandingan Video Multimedia Kreatif SPBT "Penjagaan Buku Teks"Tahun 2022

Insyallah lepas 30hb saya akan kongsikan..menang atau kalah sy tetap  kongsikan..hihi

Untuk Bulan Oktober ini..saya fokus kepada fail..hihi..baru print laporan mingguan kelab spbt..cikgu boleh muatturun laporan kelab spbt spbt di portal spbt smakt..di bahagian laporan spbt


Ni laporan minguan kelab spbt..

Laporan program tahun 2022..baru nak buat..hihi..bulan 10 ni baru nak tengok fail..😁😁





Share:

Pertandingan video Digital Story Telling 2022

Alhamdulillah 2 minggu ni bersama pelajar untuk masuk pertandingan video animasi digital story telling tahun 2022..tahun ni temanya berkaitan buku teks Pendidikan Islam. Terus fikir tajuk pengurusan jenazah..sebab tajuk ni dah ada bahan grafik sebelum ni. Tahun ni kami masuk dua penyertaan kumpulan. 

Tahun ni untuk video animasi kami gabung 3d animasi dengan stop motion. Sebenarnya saya tak tahu cara untuk buat stop motion ..baru belajar dari pelajar guna canva. Saya bersama team hasilkan stop motion dari tindakan awal kematian hingga mengebumikan jenazah..kami ambil dari buku teks tingkatan 3 pendidikan Islam.

ni adalah video stop motion pengurusan jenazah  saya bersama team kelab SPBT hasilkan mengikut rujukan buku teks  Tingkatan 3 , Bidang Feqah (unit 2)

bersama team video DST

habis sahaja waktu sekolah..mereka akan ke bilik spbt untuk siapkan video animasi

Lepas ni baru nak masuk pertandingan amalan baik untuk Kelab SPBT..hihi tak pasti sempat atau tidak





Share:

Alhamdulillah

 Alhamdulillah..tahniah untuk anugerah inovasi bagi Pertandingan Rekacipta Kota Tinggi Berinovasi di di bawah program Karnival STEM MOSTI Peringkat Negeri Johor 2022 sempena sambutan minggu Sains Negara Keluarga Malaysia yang diadakan pada tarikh 27-28 Ogos 2022 bertempat Pusat Informasi Pelancongan TIC, Balai Polis Kota Tinggi













Share:

Kasih sayang itu unik

Pesan diri..

Salam..

Syukurku padaMu Ya Allah...jika membicarakan tentang kasih sayang..kasih sayang itu "unik" jika diberi ia tidak pernah habis..ia datang adalah anugerah..melekat kasih sayang itu adalah takdir Allah..

ya terkadang kita tidak mempunyai kekayaan jiwa..sering cemburu..berfikiran sempit..mencipta hal-hal kecil menjadi besar..oleh itu harus membuka mata..berfikiran terbuka..redha dan berprasangka baik dengan Allah..pasti semuanya akan menjadi mudah..yang penting hati itu perlu ikhlas..memberi tidak boleh mengharap balasan..Alhamdulillah Ya Allah yang mentakdirkan jalan hidupku..kadang-kadang kita lupa akan nikmat-nikmatnya sehingga kita tidak merasa dipantau olehNya..malah kita takut dipantau oleh pihak atasan..takut untuk dicerap..

ya..kerja itu penat, tapi percayalah kerja itu ibadah kita..jangan `buang masa..kelak kita akan rehat selama-lamanya..jangan merasa itu bukan kerja kita..bantulah..selagi mana kita boleh bantu..sebab kita tak tahu yang mana satu amal kita diangkat..yang boleh menjadi sebab kita disyurga..Amin






Share:

Alhamdulillah..

 Baru-baru keluar result..keputusan video animasi sahsiah..dapat tempat pertama..dan mewakili negeri di bawah festival kesenian islam..Alhamdulillah syukur..Sedih masa saya nak buat video ni..sebab teringat arwah cikgu Mohamad yang merupakan guru inspirasi saya yang pernah mengajar subjek Matematik zaman sekolah.Tema  video ni adalah semangat juang seorang guru..semoga arwah cikgu saya dapat pahala di sana setiap kali orang tonton video ini

Terima kasih syawal..dan pelajar yang lain..pandai masukkan intonasi suara..hihi cikgu ingatkan boleh letak 1 nama je..rupanya boleh tiga nama..😅






Share:

😊😊😊

 Bangga dengan kamu..semoga setiap usaha kamu dinilai olehNya..

Tahniah Syafiqa Aqillah menjadi skuad ikon pintar PPD Kota Tinggi yang akan menyertai cabaran drone di Dubai..

Tahniah kakak..😊😊


Bersama Dr Akmal Pensyarah Kejuruteraan Mekanikal, UTM


Share:

jom kita berjiwa besar

Aku bersyukur padaMu wahai Allah...aku berterima kasih kepadaMu ya Allah..kerana mentakdirkan jalan hidupku begini. Sesungguhnya cerita tiap orang itu berbeza-beza..punya kisah tersendiri..Sungguh Allah Maha sempurna penciptaannya segalanya itu adalah untuk saling kita manusia mengambil iktibar dan bersabar dan kembali kepada kasih sayangNya..kekuasaanNya..RahmatNya untuk menjinakkan hati agar rukuq dan bersujud kepada  Allah..Alhamdulillah  ya Allah.


Hari ni..gigihkan juga datang sekolah..sebab banyak kali tak masuk kelas..ikutkan memang tak nak tunjuk pada murid2 yang kita cikgunya sakit..nak mengajar macam biasa..masa perhimpunan saya taknak pakai pun tapi dekat kelas..terpaksa pakai nak tulis kat whiteboard..cikgu tahan sampai ketap gigi..sedih bila murid cakap..cikgu tipu ye..senyum je pada muridnya..habis kelas turun tangga..tetiba air mata kuar sendiri..cepat2 lap....malunya..pastu tetiba ada 2 orang murid datang..terjah..cikgu2 tengoklah saya lontar peluru..jauh tak saya lontar cikgu..wah jauhnya syahmi dan isa lontar cuba tunjuk cikgu sekali lagi..mereka pun tunjuk...wah jauhnya!!..hihi..cikgu doakan saya berjaya ye...cikgu doakan kamu berjaya dunia dan akhirat..

hihi keciknya hati saya..teringat ibu cakap, kalau bekerja kena enjoy dengan kerja.. kena  ikhlas..ikhlas itu ibarat semut yang hitam di malam yang gelap..(pakai spek mata hitam)hihi ni tambah..ceh..smart kan..jadi semut yang hitam tu..bilalah nak hati yang besar..so jom set balik..Allah melihat apa yang aku buat dan apa yang aku buat dinilai olehNya



Share:

Sakit itu hadiah dariNya


 2hari lepas saya jatuh ..masa jatuh memang tak sakit pun..boleh pergi sekolah macam biasa..rupanya esoknya..nak bangun dari tido..sakitnya satu badan..leher tak boleh nak tunduk..dan kepala benjol..😂😂

Pergi hospital..kat leher doktor suruh pakai neck braces..sebab urat kat leher katanya terkehel..


Saya dapat mc 2hari..tapi dok la sakit sangat..selagi kaki dan tangan boleh gerak..sekolah je..cuma masuk kelas jgn pakai..nnti rehat dalam bilik spbt baru pakai..










Share:

Terima kasih ya Allah

 Tahun ni sekali lagi saya naik pentas untuk anugerah perkhidmatan cemerlang bagi tahun 2021..Bertempat smka hj mohd yasin muar, kalo tanya saya suka atau tidak..ya memang suka..semuanya dah ditakdirkan..




Tahun ni secara jujurnya saya penat dan letih lagi-lagi musim sukan..muka hitam..sudah..tapi seronok tengok murid smakt sungguh2 tranning sukan..bila ada murid bgthu..dia takut tak beri yang terbaik pada sekolah..cikgu cakap..tak apa..usahalah sungguh2 sampai kamu betul2 letih dan menangis..jangan sedih andai kamu kalah..kamu tetap menang dimata cikgu..

Banyak impian dan harapan yang nak buat untuk murid ni dapat sijil  sehingga badan terlalu letih untuk tunaikan..hihi..






Share:

Alhamdulillah

Alhamdulillah..terima kasih ya Allah..aku bersyukur padaMu wahai Allah kerana mentakdirkan jalan hidupku begini.. Sesungguhnya cerita tiap orang itu berbeza-beza..punya kisah tersendiri..Sungguh Allah maha sempurna dalam penciptaannya, segala yang berlaku jua ada hikmah..segalanya berlaku atas kasih sayangNya, kekuasaanNya..rahmatNya...untuk menjinakkan hati agar rukuq dan bersujud kepada yang Maha Menyanyangi..tetaplah hati ini sentiasa bersyukur...amin..











 


Share:

Alhamdulillah...

 Alhamdulillah...syukur kepada Ilahi..hari ini dapat email dari pihak BSTP keputusan untuk pertandingan mobile app yang diberi masa tempoh penyediaan selama 50 hari..Terima kasih yang tak terhingga juga kepada ibu yang sentiasa tak henti-henti mendoakan kemenangan ini..sebab setiap kali saya masuk apa-apa pertandingan..memang akan bagitahu ibu..kalau keputusan kalah atau menang memang ibu akan bagitahu jangan putus asa..

Sebenarnya memang saya suka berangan..sebelum ni..dah terbayang bayang kalau menang..ish bestnya kalau menang..lepas ni dalam buku teks KPM akan guna aplikasi saya sebagai bahan interaktif. Kalau saya sudah tiada pun saya masih dapat pahala kalau orang guna aplikasi ni..hihi

bila buka email hari ni..seronok sangat sampai menangis..tak tahu nak gambarkan perasaan tu..sebab pertndingan ini yang merupakan titik permulaan saya belajar perisian unity 3d. 

Pertandingan ini juga merupakan satu inovasi amalan terbaik bagi kelab spbt..dimana bahan pembelajaran ini dihasilkan oleh Kelab SPBT SMAKT

Share:

Jom sibukkan diri

tahun ni..banyak pertandingan saya masuk..hihi banyak yang masuk tak semestinya akan menang..kalah dan menang itu adat pertandingan..cuma bila kita sebagai guru membimbing murid masuk pertandingan ini..kena beritahu awal-awal jangan mengharap untuk menang, buat sahaja dengan sungguh-sungguh..sebab itu yang dilihatNya walaupun kita kalah..

Baru-baru ni, projek inovasi saya bersama team lepas untuk saringan pertama...dari 29 projek 18 projek yang lepas untuk saringan pertama..2 jun diberi penerangan ringkas untuk ke saringan kedua..perasaan masa tu..kerdil sangat, sebab kebanyakkan projek inovasi yang lain..dasyat-dasyat..dan kebanyakn  mereka adalah guru-guru jawatan tertinggi di sekolah..kami ni guru spbt je 😅😅 tangan kaki ni berpeluh je.. sebab kena bentang projek..terdetik dalam hati.."adoi kenapa projek ni boleh lepas pulak " 

Kerja spbt kena buat juga ye..update buku stok..tahun ni budak keluar masuk..terutamanya pelajar tingkatan 4..kena update dengan kerani sekolah..bulan jun ni sekolah akan sibuk dengan sukantara dan MSSD..awal bulan julai baru boleh buat aktiviti dengan persatuan spbt

point disini..jom cikgu-cikgu kita sibukkan diri dengan kebaikan..jika kita tak disibukkan dengan kebaikan..of course kita akan disibukkan dengan benda lain..cuti sekolah..sibuk2 cuti dengan family

Di gua tempurung, perak








Share:

Pertandingan inovasi produk

Untuk aktiviti Kelab SPBT seterusnya..Kelab SPBT  masuk pertandingan video inovasi produk anjuran Kelab Inovasi Video sempena Minggu Cabaran Digital Fakulti Teknologi Sains dan Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia.

25 Mei last penyertaan..video inovasi produk temanya : "Sayangi Bumi: Kita adalah Penyelamat" 

Bersama dengab murid membuat sabun dari minyak goreng

Nama kumpulan kami mumtaz smakt..kalah menang itu adat pertandingan..memang tak nk mengharap..yang penting dapat sijil penyertaan peringkat kebangsaan deh..

Kami hasilkan minyak terpakai kepada sabun dengan  kertas terpakai kepada hiasan konkrit

Ni poster pertandingannya






Share:

Perkongsian bahan inovasi

Pada tarikh 18 Mei 2022 Team Kelab SPBT ke Sekolah Rendah Agama Bersepadu(SRAB) Kota Tinggi. Kami memberi penerangan kepada  murid-murid sekolah rendah  berkaitan cara menggunakan aplikasi AR di bawah inovasi kelab spbt

Seramai 60 orang murid dan 3 orang guru dari sekolah srab telah diberi penerangan. 



Penerangan penggunaan dari team Kelab SPBT

Penyerahan bunting kepada cikgu Ayu

Sesi soal jawab bersama murid





Share:

Muat turun bahan

Muat turun bahan
Pengurusan SPBT

Rak Buku Teks Tingkatan 1-5

Kempen sayangi buku teks

Kempen sayangi buku teks

Portal SPBT SMAKT



Spbt SMAKT - Kizoa Movie Maker

Portal SPBT SMAKT

LAMAN WEB