Bekalan buku teks 2023

 Semalam, bekalan buku teks untuk kegunaan tahun 2023 sudah sampai..terus saya mintak pelajar kelab untuk proses buku teks, dan terus update buku stok..sebenarnya kerja kita akan mudah jika kita tak tangguh kerja..bekalan sampai..jgn lupa sign borang btbtr..terus update dalam buku stok..invoise simpan dalam fail..

Bersama ahli kelab spbt

Sambung proses buku sampai petang

Bulan ni,saya tampal panel fluted wall 3 keping dulu..hihi


Insyallah..bulan depan kita penuhkan






Share:

update buku stok dan fail spbt

 Alhamdulillah..tamat sudah tahun 2022, buku stok pun kenalah update..tahun ni, saya upgrade fail spbt..sebelum ni buat 2 fail sahaja..tapi fail 1 tu dah tak muat  sebab ada 3 bahagian..jadi saya pecah setiap satu bahagian 1 fail..sebab bilik spbt smakt tema purple putih..fail pun bertukar warna ikut tema bilik..cover fail boleh must turun di bahagian google site spbt ye








Share:

Tentang hati

Minggu ni spbt smakt akan buat pemulangan buku teks bagi pelajar tingkatan 4..dan tahun ni..banyak lagi bekalan buku teks belum sampai untuk kegunaan tahun 2023..minggu depan kami kena ambil buku di spbt daerah..tahun ni juga saya jaga spm lagi..





kadang ada satu tahap, kita rasa tak adil..kita akan rasa lelah dengan semuanya..kita lebih memilih untuk mengalah dan tak minta sesiapapun untuk memahami..biarkan kehidupan ini berjalan dengan sendirinya..tanpa banyak kata..hanya tindakan kita yang akan membuat setiap orang melihat kita berfikir bahawa kita bahagia dan baik-baik sahaja..hingga pada akhirnya kita akan mengerti bahawa itulah cara mengingatkan kita..bahawa hidup ini hanya tentang hati yang ikhlas..








Share:

Perkongsian bahan interaktif

Dalam hidup ini..kita bukan untuk bersaing..tapi hidup ini adalah sebuah perjalanan..yang penting kita fokus kepada apa yang kita usahakan dan diri kita sendiri..

Berkat memperoleh johan pembinaan aplikasi mobile app dari buku teks sejarah

Baru-baru ni saya dapat panggilan dari bstp kpm..saya dipelawa sebagai panel untuk perkongsian ilmu bagi program pembinaan bahan interaktif menggunakan unity3d di melaka pada bulan mac 2023

Sebenarnya agak kekok nak tunjuk ajar..rasa malu dan segan..ilmu yang saya tahu hanya sekecil zarah daripada seluas lautan ilmu..

Lepas habis panggilan..rasa nak nangis..tambah² lagi waktu bstp call..saya berada di majlis perpisahan gpk koko..yakni cikgu anuar..rasa lagi sedih..sebab cikgu anuar yang banyak support..😭😭

Terima kasih untuk semuanya..








 










Share:

Muat turun bahan

Muat turun bahan
Pengurusan SPBT

Rak Buku Teks Tingkatan 1-5

Kempen sayangi buku teks

Kempen sayangi buku teks

Portal SPBT SMAKT

Portal SPBT SMAKT

LAMAN WEB