Program info arkib

Pada minggu ini, spbt smakt menjalankan program info arkib di mana setiap wakil agli jawatankuasa setiap kelas mengambil maklumat daripada buku teks yang akan dilupuskan untuk dijadikan sebagai bahan bacaan di setiap kelas








Share:

Stepping stone

Minggu ini, spbt smakt buat stepping stone
Alatannya ialah cd, batu aquarium dan penutup bekas kuih


 



Share:

Water fountain Done

Jadi hari ini,  saya buat water fountain daripada pasu yang telah saya konkrit sebelum ini. Boleh tambah hiasan "miniature garden" ada yang murah..ataupun boleh buat sendiri hiasan konkrit.. saya buat cendawan, daun,tambah pokok hidup dan paling penting batu putih
 Cendawan ni, saya buat pakai stokin. Boleh tengok di youtube tekan "concrete mushroom"
 Dah siap kering mula proses untuk mewarnakan
Warna dia macam super mario pulak

Benda yang paling penting nak buat water fountain adalah pam aquarium.  Boleh tengok link ini dibawah ini cara dia buat
https://youtu.be/zYALTV0-3Ys
Done water fountain spbt smakt

 
Alhamdulillah puas hati. .buat sendiri dengan kos rm40 daripada beli di kedai dengan harga rm180
Share:

Tutorial water fountain

Minggu ini,  saya buat water fountain dengan kos yang murah cuma beli simen dan pam aqurium sahaja. Jadi untuk hari ini saya fokuskan dahulu dengan pasu konkrit dan konkrit dalam baldi.. Huhuhu tak tahu nak sebut apa. 

Step 1
Pasu konkrit

Cara membuatnya sangat mudah dan paling penting ia tahan lasak dan boleh di hasilkan dengan pelbagai bentuk serta rupa. Anda boleh jadikan pasu konkrit ini sebagai bekas untuk tanaman anda. Cantik untuk hiasan dalam rumah ataupun di luar rumah. Caranya mudah sahaja anda hanya perlu bancuh simen dengan air. Kemudian masukkan dalam bekas plastik sebagai acuan dan biarkan ia kering. Tetapi harus diingatkan jangan lupa untuk letakkan apa-apa bekas di tengah-tengah. Bekas acuan bergantung la pada bentuk yang anda inginkan. Setelah kering tanggalkan sahaja bekas plastik yang di jadikan sebagai acuan. Selamat mencuba..
 Tuangkan simen yang dibancuh dengan air dalam baldi kuning ini, kemudian letakkan baldi biru yang berisi air di tengah-tengah simen tersebut. Sebelum itu,sapukan minyak masak di bahagian luar baldi biru.  Biarkan 24jam .Tapi gambar contoh di atas tiada simen. Saya terlupa nak ambil gambar
Ini gambar selepas 24 jam,  saya keluarkan baldi biru yang berisi air. Keluarkan simen daripada baldi kuning berhati-hati.. Dan akan jadi bekas pasu

Step 2
konkrit dalam bekas baldi biru

Mula-mula letak bekas plastik yang telah dilubangkan dan cucukkan batang paip pvc dalam bekas plastik tersebut,saya tak guna paip pvc, guna bekas gulungan stiker. Seperti gambarajah dibawah
Di bahagian bawah bekas plastik ini yang saya hitamkan itu, dilubangkan
masukkan batang paip pvc ke lubang bekas plastik tersebut. Kemudian tuangkan  simen yang dibancuh dengan air kedalam baldi.sehingga bekas plastik itu tidak kelihatan

Ini gambar yang saya masukkan simen dalam baldi. Dan contoh yang siap.


Share:

taman mini spbt

Untuk aktiviti minggu ini, saya buat taman mini spbt..boleh ikut kreativiti masing-masing.. Lagi best kalau tambah water fountain..bila dengar bunyi air, memang tenang dengan pokok daun segar


Share:

Pintu love spbt smakt

Hari ini spbt buat pintu love
dari mini bantal love yang dijahit sebelum ini


Share:

Diy letter concrete

Hari ini saya cuba buat concrete huruf.
Mula-mula saya print huruf 3D di dari google kemudian saya liminate

Huruf yang diliminate

Siap
Sebenarnya ada jual huruf2 ni di luar tapi harganya dalam rm50 untuk satu huruf mahal sangat.  Jadi saya buat diy huruf ni dapat 4 huruf dengan rm2 sahaja
Share:

Bantal love



Minggu ini, spbt membuat mini bantal love menggunakan kain perca,  glue gun dan kekabu




Share:

Bangku dan pasu diy

Aktiviti bulan julai saya buat diy pasu bunga yang hanya memerlukan modal rm2 sahaja,  bahan-bahannya adalah ciment dan towel sahaja. Boleh search di youtube "concrete vase diy"



Untuk membuat bangku saya hanya memerlukan modal rm8 untuk membeli cement dan kayu

Bahagian membuat bangku konkrit

 Alatannya ialah satu bekas besen, sarung tangan, cement, berus dan cat minyak
Gaulkan cement dalam besen sampai rass keras stuktur dia

Selfie dengan pasu

Kemudian pacakkan 3 batang kayu di dalam cement. Biarkan 24jam
Okay inilah hasilnya bangku dan cement yang telah dicat bewarna putih


Share:

Muat turun bahan

Muat turun bahan
Pengurusan SPBT

Rak Buku Teks Tingkatan 1-5

Kempen sayangi buku teks

Kempen sayangi buku teks

Portal SPBT SMAKT

Portal SPBT SMAKT

LAMAN WEB