Rilex sejenak

Minggu ni, saya fokuskan utk cek no perolehan setiap murid sampai 10hb..ceknya akan mudah kalau setiap murid dpt  depan no.perolehan setiap subjek semuanya sama..pastu dia bg bukti gambar..

Kalo muridnya hilang buku..kita merahkan Kalo kuning, merah ni nnti kena followup.

Okay bagi cikgu yg bg cadangan dan komen..hehe..insyallah 10-11 januari nnti ye saya umumkan pemenang yg memberi cadangan idea dan komen..serious hebat hebat sgt idea2 ..ada yang kongsi bahan..hehe malu je rase..

Ini adalah hadiah yg paling bernilai cikgu dapat selain dpt set notebook..

Terima kasih sangat sangat ye..insyallah tahun depan saya cuba buat cadangan yang diberi..



Share:

Jom beri cadangan dan komen anda

Assallamualaikum dan selamat petang semua..hehe, spbt smakt ada buat pertandingan tau kepada guru guru spbt. Simple je, cikgu hanya beri cadangan penambahbaikan dan komen yang positif. 

3 pemenang yang mempunyai idea cadangan yang menarik dan komen yang positif akan dipilih oleh Pengetua sekolah saya . Hadiah merupakan  notebook resin,coaster, bookmark dan pen dan pendrive . Syaratnya mestilah guru spbt . buka google site pengurusan spbt, pilih button cadangan dan komen.


nanti tekan butang tambah kemudian kemudian boleh komen dan cadangan. Saya akan cuba buatkan cadangan cikgu kalau ada masa free okay good luck.





Share:

Carta organisasi boleh edit

 

Hari ni design buat carta organisasi jawatan kuasa spbt sekolah..sebab ada GPK Kokurikulum yang baru, so design je, ada masa boleh kemaskini fail

Carta organisasi ni boleh edit tukar gambar dan nama..yang design tu tak boleh edit


Comel sikit kan kalo letak gambar..saya dah masukkan dalam google site bahagian grafik, boleh download ye tekan je gambar carta organisasi tu 

Share:

Senarai buku teks

 Hari ni..saya buat senarai buku teks untuk sekolah saya tapi buat tingkatan 1 hingga tingkatan 4 sahaja dulu tingkatan 5 tak siap lagi..saya letak dalam google site bahagian grafik..boleh edit dan tampal di rak tingkatan



Share:

Pemberitahuan pulangan buku

Infografik ringkas pemulangan buku

Surat pemberitahuan pemulangan buku

 Setiap sekolah ada cara sendiri untuk pemulangan dan pengagihan buku teks untuk norma baru..yang penting mesti mengikut sop..semoga urusan  cikgu spbt dipermudahkan..hari ni saya buat design infografik pemulangan buku..infografik ni xboleh edit sebab saya guna applikasi online canva. boleh download ye..saya letak di bahagian grafik. kalau yang bijak boleh edit guna paint delete nama saya guna pemadam di paint tu.

kalau proses pemulangan spbt smakt ialah sebelum pemulangan, murid perlu mengisi nombor perolehan dan menghantar bukti gambar dalam google form yang akan diberi oleh guru kelas. Jadi nnti murid hanya hntar dan sign sahaja di borang spbtg. sebab nombor perolehan kita dah cek awal sebelum pemulangan. Bagi cikgu2 yang nak guna google form boleh edit

Okay ni adalah contoh googlr form yang telah diisi nombor perolehan. Bagi cikgu yang nak guna google form ni.,saya sarankan guna email google suite moe tu..sebab dia unlimited storage..sebab murid kena hantar bukti gambar..satgi kalau sekolah yang 1000 orang..bnyak pulak storagenya..

bagi saya bila budak dah isi no perolehan nnti, sebenarnya sudah memudahkan kita untuk simpan data no perolehan murid. so pada hari kejadian, kita dah tak susah..sebab murid sign dan letak je bungkusan buku.hehe nampak macam senang je kan..debar juga ni



Share:

Design takwim spbt

 Okay minggu ni saya buat takwim spbt, baru buat sampai bulan 6, tapi kena tunggu meeting awal tahun..nak tengok takwim sekolah..okay design ni saya dapatkan dari web ni..dari cikgu grafik nanti dia bagi dalam softcopy, harganya rm5

Saya cuma tambah ikon.. dan masukkan dalam calender tu, boleh print masukkan dalam notebook..ikon2 ni boleh download dalam google site ye



 Sangat sangat disarankan bagi guru penyelaras spbt untuk ada planner..supaya kerja kita tak bertangguh dan tersusun urusan kerja😊


Share:

Label buku teks Tema daun

 Ni label buku teks..boleh dowmload ye saya letak dalam google site pengurusan spbt..ada dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5..label buku teks ni boleh edit..nanti tekan je gambar di bawah ni..pastu tekan button pengurusan BOSS , kemudian tekan label buku. 

Label buku tu, saya ada tempat nak isi baki buku yang tinggal di rak selepas proses pengagihan kepada murid..hehe nak mudahkan kerja pentadbir untuk memantau..baki yang ada di buku stok dengan baki yang ada di rak mesti sama selepas buku teks diangihkan kepada murid

Print dan liminate..bahagian baki tu boleh guna maker atau stiker.


Share:

Hias koridor

 Alhamdulillah siap sudah projek concrete cement..kemudian susun je di koridor depan bilik spbt..cuma beli rumput ecoshop dan batu putih. 







Share:

Update cover file

 Saya baru update cover file pengurusan Spbt..boleh download dan edit sahaja..saya sertakan sekali dividernya..bila fail cantik nnti baru exited nak buat kerja😊😊

Boleh download sekali cover buku stok .tekan gambar fail pengurusan ni..pastu amik button pengurusan boss..kemudian cari ikon cover file..lepastu boleh download

                          Fail pengurusan

                        Cover buku stok


Share:

Create google site spbt

 Alhamdulillah siap juga buat google site spbt..semua bahan dalam bentuk softcopy boleh muat turun dalam.google site.

Salah satu objektif buat google site ni..adalah saya nak mudahkan urusan terutamanya guru penyelaras spbt yang baru..simple je inovasi ni..insyallah segala bahan grafik akan diupdate secara auto..okay boleh tekan gambar di bawah untuk masuk linknya..

                 






Share:

Cement concrete untuk taman spbt

Musim cuti ni..kita tumpukan proses buku teks tapi dalam masa yang sama boleh rancang aktiviti tahun depan..
  
Kali ini saya buat cement concrete untuk letak di taman spbt..bagi yang tak ada idea nak hias apa..boleh ikut idea saya..murah dan cantik..ceh..ini cuba cuba je..


                          Cute je..

        Okay ni yang dah siap..buat concrete arnab dan kucing guna simen putih..kalo letak kat taman..jadi cantik..macam gambar di bawah ni..
      Sebenarnya..ada jual mould dia..di esty..tapi mahal..paling kecil rm60 kr atas..okay bahannya simple je

-gabus(rm6)
-cutter foam (rm10)
-cement (rm2)
-minyak masak

Okay mula mula lukis dulu gambar atas kertas

Kemudian tampal atas kertas gabus..supaya senang nak cutter foam ni
Ni yang lepas di cutter foam..pastikan bhgian tengah sahaja yang berlubang..
Bahagian yang bulat merah ni..sellotap atau tampal ..okay kemudian letak cement putih..tapi sebelum cement..pastikan sapu minyak dulu di bahagian dalam gabus..supaya senang nak buka gabus 
Okay cementkan..pastikan tapak kena rata..bila dah kering buka perlahan lahan untuk keluarkan cement dari gabus..kalau tak sapu minyak..gabus tu akan senang patah..senang kan..boleh buat aktiviti dengan pelajar..untuk tahun depan











Share:

Colection set stationery resin

 

Alhamdulillah cuti2 ni buat koleksi alat tulis..yang bestnya boleh buat sendiri notebook planner..boleh jadikan inovasi spbt sekolah..sebab dgn planner tersusun urusan .. buat notebook planner spbt kan..lagi best design sendiri sticker berkaitan spbt kan..contoh sticker agihkan buku, sticker gotong royong spbt,sticker kempen sayangi buku teks..

Ni contoh icon yg dah download utk buat sticker..cuma belum design lagi..sekarang kan ada promosi planner 2020..ada yg jual rm5 je..
Contoh planner ni..bnyak yang boleh ambil cuma bhgian montly planner 2020 sahaja saya buang..yg lain boleh digunakan utk 2021

Jadi..sy cutterkan planner tu saiz a5..dan tebukkan guna penebuk notebook a5..yg warna pink tu..
Cutter paper dan penebuk lubang tu beli di shoppe..














Share:

Pendrive resin keychain

Cantik kan..

Kali ini, try buat pendrive resin keychain..bahannya mini pendrive, epoxy resin,dan mould silicone pendrive , keychain

Mould silicone pendrive

 Mini pendrive..yang paling murah harganya rm4 bagi 1GB..boleh simpan bahan softcopy spbt dalam 1 pendrive..kertas kerja, bhn2 pesanan, borang pelupusan, borang spbtg..


Share:

Proses buku teks

 Proses buku teks ni..buat sorang sorang je..buat sikit2 lama2 jadi bukit😆😆

Biasa yang jadi peneman oyen la..dari kecik sampai dah besar selalu ikut pergi bilik spbt

  




Ikutkan no.3 boleh skip..tak payah tulis nombor perolehan..kan mudah sikit urusannya


     


Share:

Keputusan bilik spbt

 

Semalam dah diumumkan di portal jpn johor keputusan pemenang..alhamdulillah dapat tempat ketiga..hehe

Syukur alhamdulillah..sebenarnya tak layak pun..hehe ni pengalaman juga dapat belajar cara pengurusan fail..memang penat sangat rupanya bila masuk bertanding...bukan menang yang perlu kita cari tapi usahalah sampai kita dah tak mampu nak buat..yang akan menjadi saham kita di akhirat.

yang penting kita enjoy dengan kerja kita...kongsikan apa yang kita buat..baru seronok😍😍 


Share:

Keychain letter resin

Resin lagi...hehe kali ni buat keychain letter..boleh beli set moldnya di shoppe
   
Ni contoh notebook resin, keychain ni boleh letak kat bhgian ring..cantik sangat..

            Ni keychain yang dah siap
 

Share:

Cross stitch Embroidery flower

Okay musim pkpb ni..gatal je tangan ni nak mengait..tapi tahu buat tali air je..hehe..so scroll di shoppe jumpa lah cross stitch embroidery flower kit ni..macam cantik je tengok So saya beli 2je..satg beli banyak takut tak jadi


        Rupanya..dia tak bagi gelung tu..tapi tak apa..kita try buat..jangan risau bagi yang tak pernah buat macam saya..ada manual dia tunjuk..atau boleh je search youtube cara menjahitnya
  Okay ni yang dah siap..yang saya letak dalam frame. rupanya berkedut..sbb tak pakai gelung tu


jadi yang satu lagi ni..disebabkan yang pertama buat xberapa nak jadi sebab tak ada gelung..jadi try guna frame ecoshop ni..pastu kat bahagian ibu jari dalam gambar tu..papan belakang tu cabutkan..gunalah apa apa cara asalkan terbuka di bahagian belakangnya..kemudian kain tu glue gun di bahagian tepi frame tu

Ni selepas di glue gun bahagian tepi..rupanya lagi senang nak jahit..
Okay ni yang dah siap..saya ambil 2 hari nak siapkan.. cross stitch ni lagi cantik kalau buat dekat sarung kusyen..
Ni yang saya beli di art friend cross stitch kit ni..kecil dan mahal sikit harganya. Nak murah belilah di shoppe.okay selamat mencuba



 




Share:

Muat turun bahan

Muat turun bahan
Pengurusan SPBT

Rak Buku Teks Tingkatan 1-5

Kempen sayangi buku teks

Kempen sayangi buku teks

Portal SPBT SMAKT



Spbt SMAKT - Kizoa Movie Maker

Portal SPBT SMAKT

LAMAN WEB