Pemulangan dan penerimaan buku teks

Minggu ni spbt smakt buat pemulangan dan penerimaan buku teks 2021..baru mula buat hari ini untuk tingkatan 5



Bila murid dah isi google form no perolehan, dan diorang pun dah cek status buku teks dalam google site pemulangan


Kalau dapat status buku hilang..parent dah tahu kena ganti dan beli buku di kedai buku..mereka datang tandatangan borang spbtg  dan beri buku yang siap diikat dalam plastik sahaja dan terima buku teks 2021..prosesnya tak sampai 2 minit..kemudian terus ke koperasi untuk pembelian buku..
 
Proses buku belum selesai lagi..tapi nak buat satu lagi projek inovasi untuk amalan baik spbt..boleh tambah di laman spbt cikgu..boleh buat mini perpustakaan 
Cantikkan..kat shoppe ada jual juga lagi cantik..dalam harga rm120..ataupun boleh ikut design kita sendiri dan boleh pm mereka..saya baru buat tempahan..tunggu sampai barangnya
Macam ni..cantikkan..boleh pm untuk design yang kita nak..hehe malu je nk ckp inovasi..kami inobasi sebab buat tempahan dengan orang luar..cadangan saya boleh kerjasama dengan guru rbt dan guru perpustakaan.






Share:

Enrolmen murid Contoh boleh edit

 Ni contoh enrolmen murid yang boleh edit enrolmen ni,jadi boleh je download softcopy di google site pengurusan spbt, di bahagian grafik..


Share:

Sticker buku teks gantian

 Macam biasa..bila proses pemulangan, akan ada murid gantikan buku teks yang hilang kepada buku teks yang baru..

Bila beli buku teks yang baru,memang tak ada tempat untuk isi nombor perolehan so masa parent tunjukkan buku gantian tu, 

Boleh terus bg sticker utk tampal terus kat buku tu..nnti boleh download dan edit je nnti tekan je gambar tu..lagi senang print terus atas kertas sticker



Share:

Moga hatiku berjiwa besar

 Hari ni, saya bersama cikgu nazirah buat persiapan untuk urusan buku teks..dari pagi sampai petang..sebab nak fokuskan kerja..phone saya buat dalam mode senyap

Nak jadikan cerita, pentadbir sekolah call kami, 9 kali..memang tak perasan. Petang tu pentadbir kami terus jumpa..nadanya macam tegas dan marah..jujur masa pentadbir kami marah tu..memang sempat mintk maaf sempat tak angkat call..pastu, ayat yang dia cakap lepas tu..dah tak masuk dalam otak..sebab otak masih fikir buku apa yang belum disusun lagi😂😂

Lepas pentadbir kami beredar tu..baru perasan kena marah..bayangkn penat2 pastu kena marah lagi..sedih sokmo je kan

Point kat sini..sy nak bgthu, hati kita kena besar , lagilah sekarang memang musim ramai kebanyakkan cikgu2 spbt tengah sibuk dan penat lagi dalam masa yang sama pdpr kena buat..sebab apa yang berlaku dah ditetapkan..cuma bagaimana cara kita nak selesaikan bergntung pada hati..so mintk maaf je..barulah hati rase lega..jom bgthu diri sendiri..duhai hati besarlah jiwamu..ingat Allah melihat apa yang aku buat dan apa yang aku buat dinilai oleh-Nya..

Sakit gigi..gigihkan juga buay kerja bersama cikgu nazirah

Ikan itu boleh je hidup dalam air lait yang masin..tp bila ikan itu mati secubit garam dah boleh memasinkan ikan itu..macam ikan masin..moga hati2 kita hati yang mengingatiNya..yakni hati yang sentiasa menyesali akan dosa dosanya..😊😊😊





Share:

carta alir pemulangan dan surat kebenaran

 Dah lama tak update..migrain mula datang, sebab nak buat bahan pdpr, dan dalam masa yang sama kucing kesayangan saya oyen hilang..dah 2 minggu cari tak jumpa.. dan minggu ni sakit gigi pulak..memang rasa kurang semangat..

  Bila dapat tahu boleh buat pemulangan  mulai 20hb januari ni..okay bermulalah proses pemulangan dan pengagihan minggu depan..hari ni kuatkan juga buat draf surat kebenaran, dan buat carta alir pengurusan pemulangan..nanti esok pengetua dah sign saya update je dalam site pemulangan buku teks senang ibu bapa terus tengok

Ni contoh surat kebenaran sekolah.. dan carta alir proses pemulangan boleh save gambar ni..cuma sebab dia dalam format png..boleh edit guna paint..dalam site pengurusan spbt pun saya letak dalam format pdf..sebab design guna grafik online..tak dpt nak save dalam word.




Share:

PPS SMA KOTA TINGGI

Malam tadi hujan lebat sangat..dan sekolah kami dijadikan tempat penempatan mangsa banjir..sehingga 2.13pagi ada lagi beberapa mangsa banjir masih menunggu utk dapatkan khemah tempat tidur mereka..

Kesian..ada sorang tu makcik sorang2 je..suaminya baru meninggal bulan lepas. Seramai 62 keluarga yang daftar mlm tadi.





Share:

Dugaan awal tahun 2021

Selepas bagi murid untuk cek status dia..ramai murid sudah mula msg..tanya nak beli buku dimana..buku teks pada kawan lah..ada yang kata tak dpt buku..pastu bila tunjuk borang spbtg yg dia sign tu..terdiam dia..pastu baru ckp buku hilang...memang kena tegas dgn murid..buku hilang ganti buku baru..

Sekolah kami jadi tempat pusat penempatan mangsa banjir..alhamdulillah bilik spbt smakt selamat..ramai orang kuar masuk sekolah..seramai 72 buah keluarga yang menumpang sementara..

Hari ni tmj datang sekolah bg bantuan pada mangsa bnjir..









Share:

Cek status buku teks

 Alhamdulillah, hari ni selesai cek no perolehan murid di borang spbtg..ada juga murid yang hilang buku, memang kena followup mereka..nak msg sorang sorang budak yang hilang menang leceh..jadi kena fikir satu cara yang mudah..murid hanya keyin no.kad pengenalan..nanti dia dapat lihat status form yang depa isi sebelum ini..


               Ni contoh..budak keyin nama, pastu tertara nama, kelas dan status buku depa. Ni saya baru belajar buat..boleh tengok site pemulangan buku teks
 Site ni baru je saya siapkan semalam.
Ada 3 status

 kalau murid send form yg no.perolehan yg depa hntar sama dlm spbtg..dia akan dpt status mcm gambar di atas

Kalau muridnya hilang buku statusnya:
Anda telah menghilangkan buku....(no perolehan )buku yg hilang

Kalau muridnya isi form salah..statusnya
Anda tidak mengisi form dgn betul 

  cara  nak buat..tapi sebelum tu download template cek status buku teks

dan daftar dulu onedrive..macamana caranya tengok cara orang ni daftar one drive.
Saya belajar dari video ni.. 
Sebab dah ada template tu, boleh tengok dari minit ke 5.55 dari video tu, cara dia masukkan dalam google site. 
 

 


Share:

Muat turun bahan

Muat turun bahan
Pengurusan SPBT

Rak Buku Teks Tingkatan 1-5

Kempen sayangi buku teks

Kempen sayangi buku teks

Portal SPBT SMAKT

Portal SPBT SMAKT

LAMAN WEB