Alhamdulillah...

 Alhamdulillah...syukur kepada Ilahi..hari ini dapat email dari pihak BSTP keputusan untuk pertandingan mobile app yang diberi masa tempoh penyediaan selama 50 hari..Terima kasih yang tak terhingga juga kepada ibu yang sentiasa tak henti-henti mendoakan kemenangan ini..sebab setiap kali saya masuk apa-apa pertandingan..memang akan bagitahu ibu..kalau keputusan kalah atau menang memang ibu akan bagitahu jangan putus asa..

Sebenarnya memang saya suka berangan..sebelum ni..dah terbayang bayang kalau menang..ish bestnya kalau menang..lepas ni dalam buku teks KPM akan guna aplikasi saya sebagai bahan interaktif. Kalau saya sudah tiada pun saya masih dapat pahala kalau orang guna aplikasi ni..hihi

bila buka email hari ni..seronok sangat sampai menangis..tak tahu nak gambarkan perasaan tu..sebab pertndingan ini yang merupakan titik permulaan saya belajar perisian unity 3d. 

Pertandingan ini juga merupakan satu inovasi amalan terbaik bagi kelab spbt..dimana bahan pembelajaran ini dihasilkan oleh Kelab SPBT SMAKT

Share:

Jom sibukkan diri

tahun ni..banyak pertandingan saya masuk..hihi banyak yang masuk tak semestinya akan menang..kalah dan menang itu adat pertandingan..cuma bila kita sebagai guru membimbing murid masuk pertandingan ini..kena beritahu awal-awal jangan mengharap untuk menang, buat sahaja dengan sungguh-sungguh..sebab itu yang dilihatNya walaupun kita kalah..

Baru-baru ni, projek inovasi saya bersama team lepas untuk saringan pertama...dari 29 projek 18 projek yang lepas untuk saringan pertama..2 jun diberi penerangan ringkas untuk ke saringan kedua..perasaan masa tu..kerdil sangat, sebab kebanyakkan projek inovasi yang lain..dasyat-dasyat..dan kebanyakn  mereka adalah guru-guru jawatan tertinggi di sekolah..kami ni guru spbt je 😅😅 tangan kaki ni berpeluh je.. sebab kena bentang projek..terdetik dalam hati.."adoi kenapa projek ni boleh lepas pulak " 

Kerja spbt kena buat juga ye..update buku stok..tahun ni budak keluar masuk..terutamanya pelajar tingkatan 4..kena update dengan kerani sekolah..bulan jun ni sekolah akan sibuk dengan sukantara dan MSSD..awal bulan julai baru boleh buat aktiviti dengan persatuan spbt

point disini..jom cikgu-cikgu kita sibukkan diri dengan kebaikan..jika kita tak disibukkan dengan kebaikan..of course kita akan disibukkan dengan benda lain..cuti sekolah..sibuk2 cuti dengan family

Di gua tempurung, perak








Share:

Muat turun bahan

Muat turun bahan
Pengurusan SPBT

Rak Buku Teks Tingkatan 1-5

Kempen sayangi buku teks

Kempen sayangi buku teks

Portal SPBT SMAKT

Portal SPBT SMAKT

LAMAN WEB