Alhamdulillah (~, ^)

Alhamdulillah..syukurku ya Allah..tahun ni saya dapat diterima untuk program duta guru (PDG) di bawah tajaan yayasan petronas..semoga ilmu yang saya dapat nanti, boleh digunakan pakai di sekolah..insyallah

Teringat masa nak apply tu, kami memang rasa tak layak..tapi kami apply sahaja..hihi masa tu saya doa..ya Allah jika apa yang saya niatkan ini betul..maka kabulkanlah dan sebaliknya..Alhamdulillah diterima..tapi bukan PDG sahaja saya diterima..pada 8 disember 2023, nama saya tercalon di antara edufluencer 3.0..

Tidak ada yang kebetulan di dunia ini..semua yang datang atas takdir Allah..yang baik melatih kita untuk bersyukur..yang buruk mengajar kita untuk bersabar..bahagia itu bukan saat keinginan kita terwujud..semua kehendak Allah adalah yang terbaik..tetaplah merendah..biarkan yang tinggi itu doa dan harapan..





 

Share:

Tahun 2023 Alhamdulillah..syukur untuk semuanya

Tahun 2023 sebanyak enam pertandingan di bawah Kelab SPBT sebab tahun ni kami mensasarkan murid dari ahli dalam Kelab SPBT terlibat dalam Pertandingan Peringkat Negeri/Kebangsaan/Antarabangsa. Diantara pertandingannya adalah :

WORLD YOUTH STEM INVENTION INNOVATION (WYSII) 2023
 Penyertaan 20 orang murid bagi pencapaian Peringkat Antarabangsa 
 5 orang murid mendapat pingat emas
15 orang murid mendapat pingat perak 

 

 HARI INOVASI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR 2023 (HIKMJ)
5 orang murid mendapat Pingat Perak
Penyertaan 15 orang murid bagi pencapaian Peringkat Negeri
5 orang murid mendapat Pingat Platinum dan Johan bagi Kategori Inovasi Terbaik              Sekolah Menengah
5 orang murid mendapat Pingat Emas dan tempat Kelima bagi Kategori Inovasi                    Terbaik Sekolah Menengah  



 INNOVATION DEVELOPMENT THROUGH EDUCATIONAL ACTIVITIES 2023 (iDEA' 23) 
Penyertaan 3 orang murid bagi pencapaian peringkat kebangsaan
3 orang murid mendapat pingat perak bagi kategori inovasi penambahbaikan sekolah menengah
 

JOHOR INNOVATION INVENTION COMPETITION AND SYMPOSIUM 2023 (JIICas 23) 
Penyertaan 20 orang murid bagi pencapaian Peringkat Negeri
5 orang murid mendapat Pingat Perak bagi Kategori Sekolah Menengah
15 orang murid mendapat Pingat Emas bagi Kategori Sekolah Menengah

 

 

KARNIVAL KEMAHIRAN DIGITAL NEGERI JOHOR
Penyertaan 11 orang murid bagi pencapaian peringkat negeri  
3 orang murid mendapat tempat keempat di bawah pertandingan bagi kategori Junior Animation Sekolah Menengah)
8 orang murid mendapat sijil penyertaan 

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF PERINGKAT KEBANGSAAN 
6 orang murid mendapat sijil penyertaan peringkat kebangsaan


 Untuk seterusnya, kena buat laporan aktiviti dan masuk dalam fail Kelab SPBT

 

 


 


Share:

Jangan pernah berhenti menyerah

Semalam 10hb september..budak- budak ni ambil hadiah..hihi kami gembira..rasa nak jerit-jerit je..sepatutnya mereka kena terima hadiah di Kuala Lumpur.. disebabkan kekangan masa, saya minta pihak penganjur mengirim sijilnya ke sekolah..masa mereka terima hadiah di perhimpunan sekolah..saya terbayang usaha mereka..kalau nak cakap penat..hihi bohonglah kalau tak penat..memang banyak kali nak menyerah..tapi budak-budaknya kata insyallah mereka boleh buat..kami terpaksa minta pelajar bawa phone untuk buat rakaman..dan guna wifi daripada phone budaknya..mereka bergilir-gilir buat rakaman..





Budak-budak ni bukanlah orang yang pandai..macam sekolah lain, tapi diorang dapat naikkan nama sekolah..mereka dapat sijil peringkat antarabangsa..sijil peringkat negeri..bila budaknya kata nanti bila saya dah keluar sekolah..setiap kali saya tengok sijil ni..mesti saya akan ingat cikgu..ayat tu buat saya lagi semangat..bagi saya..tugas utama guru itu belajar..dengan belajarlah sejujurnya guru itu sedang usaha untuk menolong pelajarnya meraih impiannya..








Share:

Kerja itu sebagai ibadah

 Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memudahkan segala urusanku

Bulan 6 hingga bulan 7 ni sibuk uruskan pertandingan pelajar..rasa memang penat ..tapi bila kita rasa kerja itu sebagai ibadah..Insyallah Allah melihat apa yang kita buat dan apa yang kita buat dinilai olehNya..syukur dengan nikmat yang sihat ni..

Untuk semua pelajar tingkatan 5 dari kelab SPBT..kami libatkan untuk menyertai pertandingan..supaya markah pajsk mereka tinggi..hihi, terdapat 4 kumpulan pelajar yang menyertai pertandingan peringkat antarabangsa..Alhamdulillah syukur semuanya dapat pingat..sijil akan diberi oleh pihak penganjur pada bulan september ini.

Kumpulan 1 dapat pingat emas

Kumpulan 2 dapat pingat perak

Kumpulan 3 dapat pingat perak

Kumpulan 4 dapat pingat perak




















Share:

Photo booth raya 2023

 Tahun ni, saya bersama cikgu Azilah dilantik sebagai ajk bahagian photo booth..kebanyakkan peralatan seperti papan divider, pokok, lampu diambil dari bilik spbt, cuma beli banner raya sahaja

Setelah selesai mendekor..😄😄





Share:

Update buku stok

 Cuti hari raya dah nak habis..sebelum naik cuti, sy update buku stok..sebab  tahun ni ramai murid yang pindah keluar dan pindah masuk..kena update..kalo tak upadate rasa macam banyak kerja..


Jadi naik cuti ni boleh fokus kerja lain..


Share:

Tambah lampu hiasan dan layar projector

 Bulan 4 ni, saya tambah lampu hiasan dengan layar projector..senang kalo ada perjumpaan kelab..atau dapat nak buat pdp dalam bilik spbt..

Terima En.Azmi tolong pasangkan layar projector

Saiz projector ni 6 × 6..sy beli di shoppe 

Terima kasih En.Soleh pasangkan lampu hiasan

Lampu hiasan ni saya guna warna warm light..memang cantik



Share:

bengkel bstp



Alhamdulillah minggu lepas baru habis bengkel bstp..saya diperlawa untuk menjadi panel jawatankuasa bagi bengkel pemetaan bahan interaktif yang akan dimasukkan ke dalam portal delima. 


Share:

Sticker arcylic

Ada pertandingan atau tiada pun dua² saya okay..yang penting Allah melihat apa yang saya buat..dan apa yang saya buat dinilai olehNya..hari ni dah siap tempahan sticker arcylic untuk ditampal di rak buku..

Inilah sticker arcylic..

Sebenarnya kalo nak jimat boleh je guna kertas liminate..saya guna arcylic senang nak padam kalo conteng guna marker pen




gambar atas ini ialah rak besi yang ditampal guna playwood..nak lagi comel kayu playwood ni cat ikut warna yang kita nak..kemudian boleh tampal sticker arcylic ni rak ni..hihi..

Tada..

Lepas ni insyallah..nak mintak budak² kelab SPBT design untuk carta organisasi..enrolmen, carta organisasi, kata² hikmah sticker arcylic..








Share:

Bengkel pengisian pesanan SPBT

 Hari ni, bengkel pengisian pesanan SPBT bagi buku untuk kegunaan tahun 2024..




Share:

update projek spbt

 Insyallah minggu ni  saya mintak bantuan pembantu operasi sekolah, En.azmi untuk tampal playwood di rak buku besi..nanti boleh tampal sticker senarai buku teks yang sebelum ni pelajar kelab spbt buat.. 

saya  baru sahaja tempah untuk print menggunakan sticker arcylic saiz 18 inci x 20 inci..sekeping rm40..projek ni boleh jadi sebagai inovasi produk spbt atau amalan baik spbt..sebab bila guna arcylic board senang untuk kita tulis dan padam..saya kongsikan bahan grafik dalam bentuk power point yang boleh diedit untuk guru-guru spbt sekolah lain buat juga projek ni..boleh tekan gambar dibawah untuk muat turun  





Share:

Bekalan buku teks 2023

 Semalam, bekalan buku teks untuk kegunaan tahun 2023 sudah sampai..terus saya mintak pelajar kelab untuk proses buku teks, dan terus update buku stok..sebenarnya kerja kita akan mudah jika kita tak tangguh kerja..bekalan sampai..jgn lupa sign borang btbtr..terus update dalam buku stok..invoise simpan dalam fail..

Bersama ahli kelab spbt

Sambung proses buku sampai petang

Bulan ni,saya tampal panel fluted wall 3 keping dulu..hihi


Insyallah..bulan depan kita penuhkan






Share:

update buku stok dan fail spbt

 Alhamdulillah..tamat sudah tahun 2022, buku stok pun kenalah update..tahun ni, saya upgrade fail spbt..sebelum ni buat 2 fail sahaja..tapi fail 1 tu dah tak muat  sebab ada 3 bahagian..jadi saya pecah setiap satu bahagian 1 fail..sebab bilik spbt smakt tema purple putih..fail pun bertukar warna ikut tema bilik..cover fail boleh must turun di bahagian google site spbt ye








Share:

Tentang hati

Minggu ni spbt smakt akan buat pemulangan buku teks bagi pelajar tingkatan 4..dan tahun ni..banyak lagi bekalan buku teks belum sampai untuk kegunaan tahun 2023..minggu depan kami kena ambil buku di spbt daerah..tahun ni juga saya jaga spm lagi..





kadang ada satu tahap, kita rasa tak adil..kita akan rasa lelah dengan semuanya..kita lebih memilih untuk mengalah dan tak minta sesiapapun untuk memahami..biarkan kehidupan ini berjalan dengan sendirinya..tanpa banyak kata..hanya tindakan kita yang akan membuat setiap orang melihat kita berfikir bahawa kita bahagia dan baik-baik sahaja..hingga pada akhirnya kita akan mengerti bahawa itulah cara mengingatkan kita..bahawa hidup ini hanya tentang hati yang ikhlas..








Share:

Perkongsian bahan interaktif

Dalam hidup ini..kita bukan untuk bersaing..tapi hidup ini adalah sebuah perjalanan..yang penting kita fokus kepada apa yang kita usahakan dan diri kita sendiri..

Berkat memperoleh johan pembinaan aplikasi mobile app dari buku teks sejarah

Baru-baru ni saya dapat panggilan dari bstp kpm..saya dipelawa sebagai panel untuk perkongsian ilmu bagi program pembinaan bahan interaktif menggunakan unity3d di melaka pada bulan mac 2023

Sebenarnya agak kekok nak tunjuk ajar..rasa malu dan segan..ilmu yang saya tahu hanya sekecil zarah daripada seluas lautan ilmu..

Lepas habis panggilan..rasa nak nangis..tambah² lagi waktu bstp call..saya berada di majlis perpisahan gpk koko..yakni cikgu anuar..rasa lagi sedih..sebab cikgu anuar yang banyak support..😭😭

Terima kasih untuk semuanya..








 










Share:

Muat turun bahan

Muat turun bahan
Pengurusan SPBT

Rak Buku Teks Tingkatan 1-5

Kempen sayangi buku teks

Kempen sayangi buku teks

Portal SPBT SMAKT



Spbt SMAKT - Kizoa Movie Maker

Portal SPBT SMAKT

LAMAN WEB