Tutorial water fountain

Minggu ini,  saya buat water fountain dengan kos yang murah cuma beli simen dan pam aqurium sahaja. Jadi untuk hari ini saya fokuskan dahulu dengan pasu konkrit dan konkrit dalam baldi.. Huhuhu tak tahu nak sebut apa. 

Step 1
Pasu konkrit

Cara membuatnya sangat mudah dan paling penting ia tahan lasak dan boleh di hasilkan dengan pelbagai bentuk serta rupa. Anda boleh jadikan pasu konkrit ini sebagai bekas untuk tanaman anda. Cantik untuk hiasan dalam rumah ataupun di luar rumah. Caranya mudah sahaja anda hanya perlu bancuh simen dengan air. Kemudian masukkan dalam bekas plastik sebagai acuan dan biarkan ia kering. Tetapi harus diingatkan jangan lupa untuk letakkan apa-apa bekas di tengah-tengah. Bekas acuan bergantung la pada bentuk yang anda inginkan. Setelah kering tanggalkan sahaja bekas plastik yang di jadikan sebagai acuan. Selamat mencuba..
 Tuangkan simen yang dibancuh dengan air dalam baldi kuning ini, kemudian letakkan baldi biru yang berisi air di tengah-tengah simen tersebut. Sebelum itu,sapukan minyak masak di bahagian luar baldi biru.  Biarkan 24jam .Tapi gambar contoh di atas tiada simen. Saya terlupa nak ambil gambar
Ini gambar selepas 24 jam,  saya keluarkan baldi biru yang berisi air. Keluarkan simen daripada baldi kuning berhati-hati.. Dan akan jadi bekas pasu

Step 2
konkrit dalam bekas baldi biru

Mula-mula letak bekas plastik yang telah dilubangkan dan cucukkan batang paip pvc dalam bekas plastik tersebut,saya tak guna paip pvc, guna bekas gulungan stiker. Seperti gambarajah dibawah
Di bahagian bawah bekas plastik ini yang saya hitamkan itu, dilubangkan
masukkan batang paip pvc ke lubang bekas plastik tersebut. Kemudian tuangkan  simen yang dibancuh dengan air kedalam baldi.sehingga bekas plastik itu tidak kelihatan

Ini gambar yang saya masukkan simen dalam baldi. Dan contoh yang siap.


Share:

Muat turun bahan

Muat turun bahan
Pengurusan SPBT

Rak Buku Teks Tingkatan 1-5

Kempen sayangi buku teks

Kempen sayangi buku teks

Portal SPBT SMAKT

Portal SPBT SMAKT

LAMAN WEB