Salam..
lama tak berkunjung blog sini, ish dah bersawang..semak samun je sini..hehe..
Terlihat bulan di sana..terpanggil nak menulis bicara..ya menjadi orang sibuk itu tidak rugi sebab jika kita tidak diisikan dengan kebaikan, pasti kita akan diisikan dengan kebatilan.
Alhamdulillah baru sahaja selesai hantr e-poster pdrm berkaitan jenayah dalam talian. Sebenarnya bukan kemenangan yang ingin diraih tapi kebaikan yang dicari..ceh. Alhamdulillah bersyukurlah kerana kita diberi peluang memegang jawatan sebagai guru spbt..sebab tu adalah hadiah kebaikan yang terindah yang Allah berikan kepada kita..
Miau yang rajin teman
Hari ini miau mengikut pergi sekolah lagi..ingatkan hari ni ingat nak lepak di library..tapi miau ni mengikut juga ke library pastu bising2 kat dalam library..dia mengiau ngiau kalah baby menangis.. ajak turun ke bilik spbt pulak..erm..terpaksalah turun buat kerja di bilik spbt..mungkin si miau ni nak ckp..jangan bazir masa..😁😁
Sampai bilik spbt si miau ni terus senyap
Tapi ada juga masa yang kita akan rasa malas nak buat semua benda..ini lah namanya futur..dan untuk merawatnya kita sendiri sahaja yang tahu..Nasihat ini untuk diri saya juga..sebab kita semua akan menghadapi kematian..dan beruntunglah orang yang disibukkan dengan kebaikan..kematian kita baik atau buruk bergantung pada hati kita masa akhir kematian..
Erm..susah nak jadi muallimah tapi senang nak jadi hantu kak limah..hihi
Ikan tu boleh je hidup di air laut yang masin..tapi bila ikan tu mati, secubit garam sudah boleh memasinkan ikan tu..macam ikan masin..macam tulah hati kita..Semoga hati-hati kita hati yang mendapat hidayah dariNya..yakni hati yang selalu menginsafi dosa dosa yang dilakukan