Cold process soap

 Sebelum ni saya ada tunjuk pembuatan sabun guna glycerin base..cair dan tuang je 

Kali ini..tangan ni gatal pulak nak belajar buat sabun, padahal sebelum ni masa sekolah menengah dah belajar.. tapi lupa😁😁

Ada 3 Bahan utama nak buat sabun..bahannya ialah Air suling,  minyak dan natrium hidroksida(shoppe rm18)

Tapi nak buat mesti kena ada sukatannya dan yang paling penting kena ada sarung tangan, safety google dan mask..sebab natrium tu bila campur dengan air..dia akan hasilkan bau yang kuat dan panas..kalau terkena kulit, cepat cepat letak cuka ye..okay tak nak cakap banyak..nnti boleh google juga Cara buat sabun organik 


Ni saya belajar di youtube..nak belajar kelas online dekat fb ada..tapi ready dengan duit rm150..

Ni bahan bahannya..
Ni air suling 199g..boleh guna air coway

Natrium hidroksida 133g

Mesti natrium hikdroksida masuk dalam air(lye)..jangan terbalik..pastu kacau perlahan lahan..nanti air bertukar warna putih dan bekas tu akan panas..sejukkan dulu

Ni sejukkan..letak dalam air..

Sambil tunggu sejuk..saya cairkan glycerin  tuang dalam mould bunga

Ni optional..tak ada pun okay

Dlm balang tu minyak olive oil 950g dah campurkan dengan coconut oil 50g..okay lye dah sejuk..masuk dalam minyak perlahan lahan

Guna stick blender..batang stick tu mesti dalam minyak ye.. kalau xda boleh guna mesin blender

Nanti minyak tu bertukar macam warna susu pekat manis..pastu boleh tuangkan essential oil 40g..pastu letak sedikit colour..dan boleh tuang dalam bekas


Hehe..masa ni tuang dalam bekas makanan..tapi alas dulu dengan baking paper

Tuang dalam bekas pastu tepek tepekkan bunga kat bhgian atas..tunggu 24jam kering..kemudian potong potong sabunnya keringkan lagi..seeloknya selepas 2 minggu baru boleh pakai..
Okay ni bentuknya..warna bawah tu..cream..warna asli..ada orang dia campur sedikit titanium dioxside(warna putih) boleh search fungsinya..tapi xguna pun tak apa..

Ni siap dipotong..dan biarkan selama 2-3minggu..Alhamdulillah ni first time buat sabun cold process.





Share:

Muat turun bahan

Muat turun bahan
Pengurusan SPBT

Rak Buku Teks Tingkatan 1-5

Kempen sayangi buku teks

Kempen sayangi buku teks

Portal SPBT SMAKT

Portal SPBT SMAKT

LAMAN WEB